Ikuti Kami:

“Ini Badan Manusia Ke?” – Heo Kyunghwan Kagum Lihat Badan Kim Jongkook Meski Dah 47 Tahun

“Ini Badan Manusia Ke?” – Heo Kyunghwan Kagum Lihat Badan Kim Jongkook Meski Dah 47 Tahun

Rasanya sampai sekarang, tiada siapa boleh nafikan ‘kesempurnaan’ tubuh badan Kim Jong-kook walaupun dah cecah umur 47 tahun, kan?

Dalam episod terbaru rancangan hiburan SBS, “My Little Old Boy”, Kim Jong-kook dan Heo Kyung-hwan tampil sebagai tetamu di rumah percutian “Gungshiri” untuk bercuti bersama Lee Sang-min.kim jongkookNamun, paling mencuri perhatian apabila Kim Jong-kook mula menanggalkan pakaiannya untuk sesi ‘tanning’ badannya. Kim Jong-kook sememangnya sangat dikenali dengan tubuh badannya yang sasa dan sihat. Sedang dia menyapu krim ‘tanning’, dia berkata sesuatu kepada Heo Kyung-hwan untuk menyakatnya,

Saya dengar awak juga dah mula ke gim?

Namun, Heo Kyung-hwan juga tidak mahu mengalah dengan Kim Jong-kook lalu dia mula menanggalkan bajunya juga untuk menayang tubuh badannya. Sebenarnya tubuh badan Heo Kyung-hwan juga sasa. Dia berkata kepada Jong-kook,

Badan awak sebenarnya sangat tidak masuk akal. Dia ini memang betul manusia ke? Badan dia lebih sasa daripada apa yang saya sangka.

kim jongkookLalu, dia mula berseloroh,

Saya akan memenangi Kim Jong-kook dalam hal ini, saya juga ada tahap fleksibiliti yang baik sama seperti orang yang mengamalkan seni mempertahankan diri. 

Segan lah tu… punyalah tak nak kalah dengan Jong-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...