Ikuti Kami:

Ini 5 Sebab Kenapa ‘Gyeongseong Creature’ Mungkin K-Drama Terbaik Tahun Ini

Ini 5 Sebab Kenapa ‘Gyeongseong Creature’ Mungkin K-Drama Terbaik Tahun Ini

Peminat K-Drama sekali lagi tidak mampu memberikan kata-kata negatif dengan penghasilan siri Netflix dek kehebatan “Gyeongseong Creature”!

Dalam sebuah temubual eksklusif, KimchiDaily sempat mengorek pelbagai cerita menarik dari teraju utamanya iaitu Han So-hee, Park Seo-joon dan pengarah Chung Dong-yoon.

gyeongseong creature

Kredit foto: Netflix

Latar belakang unik

Membawa penonton menelusuri tahun 1945, kedua pelakon utama tersebut mengakui bahawa plot itu merupakan titik penarik untuk mereka membintangi “Gyeongseong Creature”. Ulas Park Seo-joon,

Saya mempunyai jangkaan tinggi berdasarkan tajuknya sahaja. Ia merupakan gabungan terbaik drama bersejarah dengan genre makhluk pelik. Tapi pada masa yang sama, ianya turut tidak lupa menyelitkan kisah intim antara muda mudi. Ia merupakan projek dengan genre kompleks.

Usaha keras pelakon

Bagi yang tidak mendengar cerita, Han So-hee sebenarnya mengalami kecederaan ringan pada mata semasa penggambaran drama ini. Jelasnya dengan lebih lanjut,

Saya terluka kerana terlalu tamak. Dalam babak aksi, kecederaan tak eksklusif pada saya sahaja, tapi kepada pasukan lagak ngeri dan pelakon yang terlibat dalam babak fizikal. Beruntung kalau awak tak tercedera namun ia merupakan suasana di mana awak tak akan dapat melakukan sebarang babak akdi tanpa terluka.

gyeongseong creature

Kredit foto: Netflix

Malah pelakon cantik itu mengakui bahawa dia sendiri seharusnya belajar untuk mengetahui had diri sendiri supaya kejadian cemas seperti itu dapat dielakkan.

Keserasian Han So-hee dan Park Seo-joon

Walaupun bermula tegang, namun penonton nampak gayanya akan disajikan dengan babak romantik di antara watak Tae-sang (Park Seo-joon) dan Chae-ok (Han So-hee) pada separuh perjalanan cerita. Usik Han So-hee,

Chae-ok dan Tae-sang mempunyai perkara yang mereka perlu lindungi di mana ia penyebab kepada pertahanan keduanya.

Walaupun Park Seo-joon mengakui mereka tidak mempunyai banyak babak bersama pada awalnya namun keserasian antaranya dan Han So-hee mula berputik secara semulajadi hingga ke penghujungnya.

Raksasa yang ‘real’

Menurut pengarah, “Gyeongseong Creature” membawa kelainan dengan babak sci-fi yang tidak terlalu keterlaluan,

Raksasa ini mula dibayangkan dengan idea tikus melawan kucing. Parasit dalam kepala mangsa membuatkan ianya tidak takut melawan pemangsa di mana ia merupakan satu konsep yang menarik buat saya.

gyeongseong creature

Kredit foto: Netflix

Jangkaan penonton

Bukan senang ingin memuaskan kehendak penonton kan? Ini jawapan Park Seo-joon apabila ditanya oleh KimchiDaily mengenai jangkaan tinggi yang diberikan oleh orang ramai buat “Gyeongseong Creature”,

Pada saya, selalunya ia membuatkan hati berbunga-bunga. Walaupun dengan hanya seorang penonton di luar sana, saya tak dapat berasa gembira dengan lebih lagi.

Tambah Han So-hee,

Seperti Park Seo-joon, saya berharap agar ramai yang menonton, terhibur dan memberikan komen mengenainya. Saya tak mahu kedengaran sombong tetapi saya pasti awak semua akan seronok menontonnya.

“Gyeongseong Creature” ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Bahagian pertama sudah pun bersiaran di Netflix dengan 7 episod manakala 3 episod akhirnya akan ditayangkan pada 5 Januari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...