Ikuti Kami:

Ingin Rasai Pengalaman Mengujakan Seperti Di Jeju? Ini 7 Pulau Lain Korang Boleh Lawati Di Korea

Ingin Rasai Pengalaman Mengujakan Seperti Di Jeju? Ini 7 Pulau Lain Korang Boleh Lawati Di Korea

Korang ada merancang untuk ke Korea tidak lama lagi? Kalau nak tahu selain dari Jeju ada banyak lagi pulau yang mesti dilawati jika pergi ke negara serba indah itu.

Ini antara 8 pulau di Korea yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Geoje 

Terletak di hujung selatan Korea, Geoje merupakan pulau kecil yang indah dikelilingi hutan dan merupakan pulau kedua terbesar di negara itu. Kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk mengembara kerana terdapat laluan mendaki dengan pemandangan terbaik di sekitar pulau. Cara terbaik untuk merasai pengalaman menarik di pulau Geoje adalah dengan menyewa kereta atau motosikal dan memandu di sekitar jalan yang indah dengan pemandangan laut luas.

Jindo 

Selepas Geoje, pulau ketiga terbesar di Korea ialah pulau Jindo. Sesiapa yang pergi ke pulau ini mesti akan mendengar cerita legenda tentang ‘Wanita Tua Bbyong dari Hoedongri’. Kalau korang nak tahu apa yang terjadi di sebalik kisah legenda ini, pergilah ke pulau Jindo. Selain itu, pengunjung boleh merasai pelbagai aktiviti menarik seperti perarakan yang menakjubkan, tarian etnik dan persembahan oleh anjing Jindogae.

Hongdo 

Selain menjadi pusat pelancongan, pantai Hongdo yang juga terkenal dalam kalangan pemancing. Korang boleh merasai perasaan yang mengujakan ketika memancing di sini. Wah! Lain macam pergi memancing di Korea. Lebih menyeronokkan lagi, ada pelbagai jenis ikan segar yang dijual di sekitar jeti pulau Hongdo.

Muuido 

Pulau ini terletak di daerah Incheon dan merupakan salah satu pulau yang paling popular di sini serta lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa terbesar di Incheon. Muuido ialah tempat yang sesuai untuk orang ramai berehat sambil menghirup udara segar dan berendam di dalam laut. Di samping itu, korang boleh bermain dengan selesa di pantai berpasir serta boleh menikmati hidangan makanan laut yang lazat. Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan ladang anggur yang menarik.

Udo 

Seterusnya ialah Pulau Udo yang terletak 3.8 kilometer dari pantai timur laut Pulau Jeju. ‘U’ dalam perkataan Udo bermaksud lembu dalam bahasa Hangul. Ia dinamakan Pulau Udo kerana menyerupai lembu yang terbaring. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini ialah memancing, kayuh basikal, melawat kapal selam dan urutan badan menggunakan pasir. Selain itu, pelancong boleh melihat pemandangan panorama pulau itu di titik tertinggi iaitu Puncak Udobong.

Ulleung-do 

Pulau Ulleong-do dikenali sebagai sebuah pulau yang terbentuk daripada letusan bunga berapi. Pengunjung akan teruja dan gembira dengan pemandangan gunung Rocky yang menjulang tinggi serta dikelilingi oleh pantai hijau. Khususnya kalau datang pada musim sejuk, korang boleh melihat kabus tebal mengelilingi pergunungan yang mewujudkan pemandangan romantis.

Nami 

Pulau Nami merupakan destinasi percutian yang popular dalam kalangan pelancong dek kerana K-Drama “Winter Sonata”. Pulau Nami menawarkan variasi pemandangan cantik berdasarkan musim semasa. Pada musim bunga, bunga sakura akan menghiasi pulau dengan warna merah jambu yang menawan, manakala pada musim sejuk pula ia akan dilitupi dengan salji putih yang menakjubkan. Korang mesti merakam memori indah ketika berkunjung ke pulau Nami.

Selamat bercuti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...