Ikuti Kami:

Influencer Malaysia Diserang ARMY & Diminta Solat Istighfar Selepas Edit Gambar BTS Botak!

Influencer Malaysia Diserang ARMY & Diminta Solat Istighfar Selepas Edit Gambar BTS Botak!

Siapa sahaja dalam Malaysia ini yang tak kenal dengan kumpulan popular K-Pop iaitu BTS? Bukan sahaja berjaya menakluki Korea bahkan kumpulan yang dianggotai oleh 7 lelaki itu telah menembusi sehingga persada antarabangsa. Disebabkan kepopularitian artis K-Pop itu, mereka juga telah mengumpul ramai peminat fanatik sepanjang karier seni mereka bermula sehingga ke hari ini. Mesti semua pernah dengar tentang ARMY kan? Janganlah usik oppa BTS mereka, habis anda semua kena terjah nanti!

influencer malaysia diserang army selepas muat naik gambar botak bts

Baru-baru ini, seorang influencer tempatan yang mula meletup selepas videonya menyamar sebagai Lee Kwangsoo tular di media sosial beberapa tahun lalu telah memuat naik gambar dirinya yang sudah botak. Tapi yang kelakarnya, dia turut memuat naik gambar ahli BTS iaitu RM, J-Hope, Jimin, V, Jungkook, Suga dan Jin di mana mereka semua telah diedit menjadi botak. Saja untuk melawak kata influencer yang senang dipanggil sebagai Bang Man itu.

influencer malaysia edit bts botak terus terima hentaman daripada army

Nasib malanglah kerana dia buat main dengan kumpulan yang salah. Selepas sahaja entri itu tular, ramai ARMY yang datang ‘berkampung’ dan menyerang lelaki itu. Siap mereka ramai-ramai mengugut mahu report akaun Twitter Bang Man ini!

influencer malaysia edit bts botak terus terima hentaman daripada army

Lagi parah apabila, ada yang hantar direct message dekat influencer ini dan memanggilanya sebagai racist dan xenophobic kerana mengedit gambar BTS sedemikian rupa. Paling best bila individu ini suruh Bang Man buat solat istighfar kerana lawaknya ini!

influencer malaysia edit bts botak terus terima hentaman daripada armyinfluencer malaysia edit bts botak terus terima hentaman daripada army

Tapi lelaki ini terus mempertahankan dirinya nak menyatakan bahawa dia tidak membenci BTS langsung. Dia terus mengakui yang dia turut mendengar lagu kumpulan itu menerusi aplikasi Spotify.

Kebanyakan pengguna Twiiter yang mengikuti insiden ini meluahkan rasa menyampah dengan sikap ARMY yang terlampau overprotective terhadap artis kesayangan mereka itu. Seperti obsesif sangat sampai tak boleh usik langsung!

influencer malaysia edit bts botak terus terima hentaman daripada army

Tak perlulah sehingga serang macam itu sekali, cukup sekadar tegur lemah lembut. Mungkin ramai lagi yang akan menerima peminat K-Pop sekiranya anda lebih berhemah.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...