Ikuti Kami:

Individu Tuduh Yoo Yeonseok Minta Maaf, Agensi Tegas Akan Tetap Failkan Saman Jenayah

Individu Tuduh Yoo Yeonseok Minta Maaf, Agensi Tegas Akan Tetap Failkan Saman Jenayah

Selepas nama pelakon hebat iaitu Yoo Yeon-seok dipetik di laman internet mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas dia, kini agensinya telah memberi respon.

Menurut agensi pada 22 Mac, mereka akan terus failkan saman jenayah terhadap individu yang menuduh Yoo Yoon-seok telah menyalahgunakan kuasanya dan tidak menghormati seorang pengawal keselamatan.

Terkini, agensi Yoo Yeon-seok menyatakan bahawa mereka akan terus mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap penuduh itu walaupun individu yang bertanggungjawab tersebut telah membuat permohonan maaf.

yoo yeonseok

Khususnya seorang individu yang digelarkan sebagai ‘A’, telah menulis permohonan maaf di komuniti dalam talian dengan berkata,

Saya yang menulis dalam siaran itu terhadap pelakon Yoo Yeon-seok kerana cemburu terhadap dirinya yang sering muncul dalam pelbagai program hiburan dan menjadi popular.

Tambah ‘A’ lagi, dia memohon maaf atas kesalahan yang dibuatnya terhadap pelakon itu.

Saya tidak tahu ianya akan menjadi tular. Saya ingin memohon maaf kepada Yoo Yeon-seok. Saya tidak pernah bertemu dengannya secara langsung, tetapi saya fikir dia seorang yang bertimbang rasa dan mempunyai personaliti yang baik. Saya tidak akan memadamkan kenyataan ini.

yoo yeonseok

Sebagai respon terhadap permohonan maaf dari individu tersebut, agensi telah menyiarkan kenyataan rasmi mengatakan,

Kami amat kesal dengan keadaan ini, dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami merancang untuk terus memfailkan aduan jenayah terhadap individu itu atas fakta palsu dan fitnah tanpa kelonggaran.

Harap semuanya okay balik…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...