Rosé telah berkongsi perasaannya selepas menyertai syarikat Teddy, The Black Label.
Terbaru, Rosé telah membuat satu hantaran mesej di media sosial mengenai perjalanan barunya bersama agensi The Black Label.
Dia berkata,
Saya tahu yang ramai tertanya-tanya mengenai keputusan saya ni. Sejujurnya, sejak dari tahun lalu saya banyak habiskan masa di studio dan fikir apa sebenarnya yang saya nak lakukan.
Macam yang awak semua tahu, saya datang dari tempat di mana semuanya telah disediakan untuk saya, dan tiada satu perkara pun yang saya lakukan dengan sendiri. Jadi, kini saya perlukan waktu untuk belajar dan percaya dengan diri saya.
View this post on Instagram
Tambahnya,
Saya gembira sangat bila dapat bekerja dengan The Black Label dan saya percaya yang agensi ini akan dapat bantu saya untuk capai impian serta cita-cita saya.
Saya juga akan kongsi berita gembira tak lama lagi jadi saya harap awak semua akan menyukainya! Saya juga berharap agar awak akan sentiasa menyokong perjalanan saya.
Semoga Rosé dapat capai impian dia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.