Ikuti Kami:

“Impian Jadi Kenyataan” – 5 Tahun Keluar Kumpulan, Peminat Terharu Lihat B.I Luang Masa Bersama Ahli iKON

“Impian Jadi Kenyataan” – 5 Tahun Keluar Kumpulan, Peminat Terharu Lihat B.I Luang Masa Bersama Ahli iKON

B.I telah dilihat keluar bersama ahli iKON yang lain.

Tular pada 1 April selepas peminat memuat naik hantaran video mereka berjumpa dengan ahli iKON di sebuah panggung wayang, CGV di Korea. Di mana, bekas ketua iKON iaitu B.I turut dikatakan menghadiri tayangan perdana filem lakonan Jun-hoe itu.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “BTBT” itu telah dilihat hadir bersama dengan dua ahli iKON yang lain iaitu Yun-hyeong dan Jin-hwan. Selepas video itu dimuat naik, rata-rata peminat telah meluahkan rasa gembira mereka terhadap penyatuan semula ahli dan bekas ahli kumpulan tersebut.

Malah, mereka juga turut menyatakan bahawa ini merupakan penampilan awam pertama iKON bersama B.I selepas penyanyi itu meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2019.

Antara komen peminat ialah,

Impian saya dah jadi kenyataan..

Saya rasa nak nangis lepas lihat video ini.

Tolong beritahu saya bahawa ianya benar.

Saya berharap B.I akan masuk iKON semula.

Selepas 5 tahun menanti..

Harap lepas ni droang makin kerap keluar bersama kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...