Siapa sangka kan tuah Byeon Woo-seok terletak pada drama “Lovely Runner”!
Terbaru menurut laporan, bayaran pengiklanan Byeon Woo-seok telah melonjak lebih tiga kali ganda selepas semakin mengecap populariti menerusi “Lovely Runner”.
Difahamkan bahawa bayaran yang dia terima setiap tahun sebagai model atau duta mana-mana jenama telah melepasi 1 bilion won (RM3,193,880) kini, merupakan salah satu kadar tertinggi di antara artis top di Korea.
Sebelum “Lovely Runner’, dia memperoleh kurang dari 400 juta won (RM1,277,680) setahun, yang masih merupakan jumlah yang agak besar.
Lebih mengagumkan, situasi seperti ini dianggap jarang berlaku dalam industri, menandakan titik perubahan dramatik dalam kerjaya pelakon lelaki itu.
Cayalah Byeon Woo-seok!