Utama Drama Korea Impak ‘King The Land’, Industri Pelancongan Di Pulau Jeju Meningkat Mendadak!

Impak ‘King The Land’, Industri Pelancongan Di Pulau Jeju Meningkat Mendadak!

king the land

Terima kasih kepada drama “King the Land”, industri pelancongan di Jeju, Korea Selatan semakin meningkat!

Terbaru menurut analisis statistik pelawat yang dikeluarkan oleh Persatuan Pelancongan Jeju, ia mendapati bahawa bilangan pelawat dari luar negara telah meningkat sebanyak 786.1%.

Khususnya, Parnas Hotel Jeju yang dibuka hanya selama lebih kurang setahun telah menerima kadar tempahan tertinggi dari pelancong luar negara, merekodkan peningkatan sebanyak 12% dari tahun lalu.

Hal ini kerana, hotel tersebut telah digunakan sebagai salah satu lokasi penggambaran  drama popular “King the Land”, yang berjaya menarik perhatian penonton seluruh dunia untuk melawati tempat berkenaan.

king the land parnas hotel jeju

Dalam drama itu, keindahan Pulau Jeju boleh dilihat dari hotel tersebut, membuatkan  Parnas Hotel Jeju menjadi pilihan pertama pelancong ketika ingin bercuti di sana.

Cayalah “King the Land”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERCook&Chef
Loading...