Ikuti Kami:

Impak Dari ‘The Glory’, Netizen Panggil Kim Gunwoo Dengan Nama Wataknya

Impak Dari ‘The Glory’, Netizen Panggil Kim Gunwoo Dengan Nama Wataknya

Nampaknya, populariti Kim Gun-woo makin meningkat naik selepas drama “The Glory”.

Terkini, pelakon yang memegang watak sebagai Son Myeong-oh dalam “The Glory” iaitu Kim Gun-woo, telah memuat naik gambar baru di Instagram.

Dalam foto yang dimuat naik itu, pelakon tersebut mengambil swafoto cermin di ruang yang kelihatan seperti lokasi penggambaran, berjaya menarik perhatian ramai dengan penampilannya yang bersahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김건우 gunwoo kim (@gunoorla)

Bukti wataknya sebagai Son Myeong-oh telah memberi impak hebat, netizen rata-rata meninggalkan komen seperti,

Son Myeong-oh sangat hebat!

 

Impian saya adalah awak, Son Myeong-oh

 

Son Myeong-oh sudah kembali.

 

Awak sangat kacak, Son Myeong-oh.

Untuk maklumat, drama “The Glory” telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Netflix Global di 38 buah negara termasuk Malaysia.

Apa-apa pun Kim Gun-woo tetap handsome!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...