Ikuti Kami:

“Imejnya Buruk..” – Penonton Risau Jeon Jongseo Asyik Berlakon Naskhah Lucah

“Imejnya Buruk..” – Penonton Risau Jeon Jongseo Asyik Berlakon Naskhah Lucah

Bukan senang para pelakon untuk mencari watak yang pelbagai.

Sedang mempromosikan siri Netflix iaitu “Ballerina”, ramai yang mula menyebut mengenai imej Jeon Jong-seo kini. Disebabkan oleh kandungannya yang agak provokatif, ada yang mempersoalkan mengapa pelakon tersebut kerap membawa watak kurang menyenangkan.

Bulan lalu, naskhah “Ransom” membawa kisah tiga orang yang tawar-menawar antara satu sama lain namun kemudiannya, terperangkap dalam bangunan yang roboh dek gempa bumi.

Dalam naskhah itu, Jeon Jong-seo berlakon seperti pelajar sekolah menengah yang melavur di mana ramai yang mengagumi badannya yang seksi apabila berpakaian seragam ketat.

jeon jongseo

Pada 2018, Jeon Jong-seo memulakan karier lakonannya dalam filem “Burning” di mana dia melakonkan watak yang ‘mengundang’ di mana ada babak bogel ekstrem dan babak ranjang.

Untuk filem “Romance Without Love”, pelakon wanita itu disiarkan pada November lalu di mana ia mengisahkan dua dewasa yang mencari cinta selain memaparkan babak ranjang antaranya dan Son Suk-ku.

Dalam episod pertama “Money Heist: Joint Economic Area”, Jeon Jong-seo memasuki babak awal dengan berpakaian seperti gadis bar dengan pakaian ketat.

Menurut penonton, mereka merasakan Jeon Jong-seo hanya digunakan untuk watak lucah, Sejak menjadi lapisan pelakon filem akan datang, makin merisaukan sekiranya wanita tersebut hanya terperangkap dengan imej yang sama saja.

Apa kata korang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...