Selain aktif sebagai idola, Lisa BLACKPINK juga merupakan duta global untuk beberapa jenama fesyen mewah.
Namun baru-baru ini, peminat perasan bahawa gambar Lisa telah dipadam di akaun Weibo milik jenama Celine dan Bvlgari, di mana wanita itu berkhidmat sebagai duta global.
Sebelum ini, akaun Weibo rasmi Lisa telah dipadam, dipercayai selepas persembahan provokatifnya di Crazy Horse Paris pada bulan lalu. Selepas gambarnya dibuang di akaun 2 jenama mewah tersebut, ramai netizen percaya bahawa ia juga adalah atas sebab yang sama.
Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Bvlgari iaitu Jean-Christophe Babin, turut didakwa memadam gambarnya bersama ahli BLACKPINK di laman Instagram, membawa kepada spekulasi bahawa Lisa akan kehilangan kontraknya dengan jenama mewah tersebut.
Bagaimanapun, peminat percaya bahawa Celine dan Bvlgari hanya berbuat sedemikian sebagai langkah sementara untuk mengelakkan kritikan dari pasaran China. Tambahan pula, baru-baru ini, Celine telah secara rasmi melancarkan kempen baru bersama Lisa dengan papan iklannya dipaparkan secara global.
Komen netizen,
Mempunyai imej yang mewah untuk jenama mewah adalah sangat penting.
Mereka juga memadam gambarnya di Instagram dan simpan gambar selebriti lain.
Dia tetap memutuskan untuk menyertai pertunjukan itu walaupun tahu tentang akibatnya.
Serius kenapa dia melakukannya? Pandangan orang ramai adalah sangat buruk.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.