Ikuti Kami:

Imej Berbeza, Park Hyungsik Dilapor Bawa Watak Protagonis Dalam Filem Noir ‘Desperado’

Imej Berbeza, Park Hyungsik Dilapor Bawa Watak Protagonis Dalam Filem Noir ‘Desperado’

Drama “Doctor Slump” masih ditayangkan, Park Hyung-sik telah pun menerima tawaran untuk terajui projek baru.

Terbaru menurut laporan media, Park Hyung-sik telah dipilih untuk memainkan watak protagonis lelaki sebagai Matthew dalam filem baru arahan Jang Hoon, berjudul “Desperado”.

Untuk pengetahuan, “Desperado” adalah kisah seorang penyamar, yang menyusup ke dalam organisasi untuk membalas dendam, tetapi jatuh cinta dengan anak perempuan kepada musuhnya. Tambahan, anak perempuan itu harus menjadi bos demi keluarga tercintanya.

Bagaimanapun, agensi lelaki itu masih boleh mengeluarkan apa-apa respon lagi setakat ini.

park hyungsik

Jika Park Hyung-sik menerima tawaran ini, dia dijangka akan melakukan perubahan 180 darjah dalam imejnya sebagai seorang pelakon melalui wataknya sebagai Matthew, seorang penyamar yang menyusup ke dalam organisasi dan membalas dendam.

Nantikan info lanjut mengenai filem “Desperado”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...