Ikuti Kami:

Imbau Memori! Penonton Teruja Lihat Klip Pendek Reunion Pelakon ‘Coffee Prince’ Dalam Dokumentari Khas

Imbau Memori! Penonton Teruja Lihat Klip Pendek Reunion Pelakon ‘Coffee Prince’ Dalam Dokumentari Khas

Bayangkan kalau barisan pelakon “Coffee Prince” buat kemunculan semula? Mesti seronok kan! Nampaknya itu semua bukan lagi satu imaginasi kerana MBC telah meriliskan sedutan pendek reunion kecil pelakon drama popular itu.

Drama ini menceritakan kisah Go Eun-chan (Yoon Eun-hye) yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk bekerja di kafe milik Choi Han-kyul (Gong Yoo). Namun semuanya kian berselirat apabila pemilik itu mula jatuh cinta dengan gadis tersebut yang disangkakan lelaki.

dokumentari coffee prince 2020

Punyalah hebat penangan drama “Coffee Prince” ini sehingga ia mencipta fenomena bukan sahaja di Korea malahan di serata Asia dan juga negara luar lain. Hebat betul!

Lebih mengujakan apabila Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-gyun, Chae Jung-an, Kim Dong-wook dan Kim Jae-wook dilihat berkumpul di kafe yang sama dalam drama tersebut sambil muka mereka yang terkejut apabila berjumpa dengan rakan pelakon lain. Dikhabarkan bahawa mereka juga mengimbas kembali memori tahun 2007 itu daripada perspektif 2020.

Lihat sahaja klip pendek ini:

Jangan lupa untuk saksikan dokumentari ini yang bakal menemui penonton nanti di MBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...