Imbau Kenangan, TVXQ & Super Junior Backpacking Ke Indonesia Untuk Siri Asal Youtube

tvxq super junior

Peminat K-Pop yang mula menceburkan diri dalam genre ini sejak tahun 2008 memang lejen habis! Layak mendapat diskaun veteranlah senang cerita. Pasti korang mula terjebak kerana secara tak sengaja terdengar lagu kumpulan TVXQ, Super Junior dan Girls’ Generation kan?

Siapa peminat tegar mesti tahu yang kumpulan TVXQ dan Super Junior telah berkawan sejak kecil lagi, semasa mereka masih pelatih di bawah agensi SM Entertainment. Selepas 10 tahun di bawah industri yang sama, mereka masih berkawan rapat!

Terbaru, Youtube telah mengumumkan bahawa kedua kumpulan senior ini akan turut serta dalam satu rancangan realiti di bawah siri asal Youtube bertajuk ‘Analog Trip’. Yunho dan Changmin daripada kumpulan TVXQ serta Leeteuk, Shindong, Eunhyuk dan Donghae daripada Super Junior akan berjalan ke serata Indonesia secara backpacking.

tvxq super junior

tvxq super junior

Para peminat kepada dua kumpuln ini rata-ratanya sangat seronok kerana tidak sabar nak melihat keletah mereka yang lucu dan kelakar. Kalau ada yang ingat, mereka pernah berada dalam beberapa rancangan hiburan sebelum ini seperti Exploration of the Human Body, Strong Heart dan Come To Play. Dorang semua ini memang lawak habis, pasti tak kering gusi!

Rancangan ini akan membawa mereka semua serta peminat mengimbau kembali kenangan awal semasa kemunculan mereka selain menikmati kecantikan negara Indonesia. Siri ini akan mula ditayangkan dalam Youtube Premium pada 9 Oktober ini dan rancangan ini mempunyai 12 episod kesemuanya. Tak sabarnya!

Sumber: Allkpop

Leave a Reply