Ikuti Kami:

Im Siwan & Seolhyun Dilamar Terajui Drama ‘Summer Strike’

Im Siwan & Seolhyun Dilamar Terajui Drama ‘Summer Strike’

Adakah Im Si-wan dan Seolhyun akan berlakon bersama tak lama nanti?

Menurut laporan kedua idola itu menerima tawaran untuk membintangi drama “Summer Strike” iaitu merupakan adaptasi pada webtoon popular bertajuk “I Don’t Want To Do Anything”. Ia membawa kisah manusia yang mogok terhadap kehidupan pada usia 28 tahun.

Im Si-wan dikatakan bakal membawa watak Ahn Dae-bum, seorang yang pernah berkonfrontasi dengan pelajar Universiti Kebangsaan Seoul mengenai soalan matematik pada 20 tahun yang lalu. Walaupun dapat memasuki universiti berkenaan dengan insiden buruk itu, dia bekerja sebagai pustakawan kontrak di Perpustakaan Angok kini.

im siwan

Respon agensi Im Si-wan mengenai berita itu,

Ia merupakan antara projek yang sedang diteliti kini.

Seolhyun pula dilamar berlakon sebagai Yeo Yeo-reum, seorang wanita yang bekerja dengan syarikat kecil selama 5 tahun sebelum menerima pengesahan jawatan tetap pada 3 bulan lalu. Kemudian, dia memilih untuk berhenti kerja dan meninggalkan Seoul dengan sebuah beg sahaja untuk memulakan kehidupan baru di pekan persisiran pantai kecil dipanggil Angok.

seolhyun

Agensi Seolhyun juga mengesahkan bahawa mereka sedang meneliti tawaran drama ini kini.

Okay tak gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...