Ikuti Kami:

Im Siwan Lalui Pemeriksaan Kali Kedua Selepas Jiran Sah Positif COVID-19

Im Siwan Lalui Pemeriksaan Kali Kedua Selepas Jiran Sah Positif COVID-19

Nampaknya Im Si-wan terpaksa kuarantin sekali lagi selepas melalui pemeriksaan COVID-19 buat kali kedua baru-baru ini.

Menurut agensi pelakon itu iaitu Plum Entertainment,

Seorang penduduk di flat rumah Im Si-wan disahkan positif COVID-19, jadi dia perlu diperiksa juga. Meskipun tidak mempunyai kontak rapat antara satu sama lain, dia tetap diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga.

im siwan

Sebelum ini, salah seorang kakitangan produksi dramanya iaitu “Run On” disahkan positif virus tersebut. Hal tersebut menyebabkan penggambaran dihentikan serta-merta dan setiap pelakon dan staf perlu melalui pemeriksaan. Meskipun disahkan negatif, mungkin akan ada perubahan pada jadual penggambaran terutama sekali kerana Im Si-wan terpaksa melalui kuarantin kali kedua.

Kini, lelaki itu sedang berehat di rumah sambil menunggu keputusannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...