Im Si-wan bakal buat penampilan istimewa dalam drama JTBC “Thirty-Nine”!
Pada 17 Mac, Spotify News melaporkan bahawa Im Si-wan telah menyertai drama “Thirty-Nine” sebagai kameo.
Meskipun tiada pengesahan daripada agensi artis tersebut, namun pada 24 Mac hari ini, JTBC telah menyiarkan gambar ‘teaser’ untuk episod “Thirty-Nine” malam ini, yang menampilkan Im Si-wan sebagai watak istimewa.
Sementara itu, penerbit Kim Sang-ho yang mengarahkan “Thirty-Nine”, pernah bekerjasama dengan Im Si-wan dalam drama “Run On”. Peminat mempunyai eskpetasi tinggi dengan peranan yang akan dibawa Im Si-wan dalam drama ini.

Jangan lupa tonton Im Si-wan dalam episod 10 “Thirty-Nine” malam ini di Netflix!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




