Ikuti Kami:

Ikuti Protokol Baru Dek COVID-19, Xiumin EXO Sah Tamat Latihan Ketenteraan Dari Percutian Terakhir

Ikuti Protokol Baru Dek COVID-19, Xiumin EXO Sah Tamat Latihan Ketenteraan Dari Percutian Terakhir

Setelah sekian lama menanti, akhirnya EXO-L melompat gembira apabila mendengar berita mengujakan yang diumumkan pada hari ini.

Khabarnya, Xiumin sudah pun tamat daripada latihan ketenteraannya pada hari ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh agensi naungannya iaitu SM Entertainment.

Xiumin kini sedang menjalani cuti terakhirnya dan dia akan ditamatkan latihan tanpa perlu pulang ke markas tentera pada 6 Disember kerana COVID-19.

xiumin exo

Ini berikutan kepada protokol terbaru ketenteraan yang membenarkan para tentera menamatkan latihan ketenteraan serta-merta selepas percutian terakhir tanpa perlu pulang ke markas mereka.

Abang yang sulung dah pulang dan katanya, D.O juga akan menamatkan latihan pada Januari nanti. Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...