Ikuti Kami:

Ikuti 2 Sahabat, Park Jihyun Dilamar Sertai Kim Goeun Dalam Drama ‘Eunjoong & Sangyeon’

Ikuti 2 Sahabat, Park Jihyun Dilamar Sertai Kim Goeun Dalam Drama ‘Eunjoong & Sangyeon’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan antara Kim Go-eun bersama Park Ji-hyun dalam sebuah drama!

Terbaru pada 11 Mei, agensi berkongsi bahawa Park Ji-hyun telah menerima tawaran untuk terajui drama “Eunjoong & Sangyeon” dan sedang menyemaknya secara positif kini.

Sebelum ini, Kim Go-eun juga telah ditawar untuk terajui drama yang sama dan juga sedang menelitinya.

Untuk pengetahuan, “Eunjoong & Sangyeon” mengisahkan tentang seorang penulis skrip drama dan penerbit filem, serta dua sahabat zaman kanak-kanak Eun-joong dan Sang-yeon yang dipisahkan namun bersatu kembali selepas mereka dewasa.

Eunjoong & Sangyeon

Jika Park Ji-hyun menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai pembuat filem terkenal Cheon Sang-yeon manakala Kim Go-eun akan terajui sebagai Ryu Eun-joong.

Dalam pada itu, drama ini akan ditulis oleh penulis “Do You Like Brahms” dan penerbit “The Smile Has Left Your Eyes”.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Eunjoong & Sangyeon”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...