Ikuti Kami:

“Ikut Suka Dia..” – Patut Bergandingan Dengan Kim Jiwon, Staf Drama Dedah Sisi Buruk Lee Jongsuk

“Ikut Suka Dia..” – Patut Bergandingan Dengan Kim Jiwon, Staf Drama Dedah Sisi Buruk Lee Jongsuk

Secara tiba-tiba ada khabar angin buruk berterbangan mengenai perangai sebenar Lee Jong-suk.

Katanya, pelakon lelaki itu memang terkenal di dalam industri kerana suka menarik diri secara tiba-tiba malah sering mengambil masa yang lama untuk membuat sebarang keputusan,

Tak boleh terima apabila dia membatalkan kemunculan sehari sebelum hari pembacaan skrp. Bukan sahaja pelakon utama tetapi juga pelakon berusia akan hadir untuk pembacaan, dan kemudian mereka diberitahu untuk tidak datang pada waktu pagi.

Ulas penulis itu, keputusan yang sering dibuat pada saat terakhir oleh Lee Jong-suk kadang kala menyebabkan beberapa staf produksi kehilangan kerja.

lee jongsuk

Sementara itu, sebuah artikel yang pernah dikeluarkan dahulu turut mengesahkan bahawa Lee Jong-suk memang membatalkan penampilannya sehari sebelum pembacaan skrip untuk “See You Again” di Netflix pada Mei 2018.

Artikel itu juga memetik kenyataan daripada wakil dalam industri, yang mengatakan bahawa “Lee Jong-suk cenderung untuk teragak-agak dan sering mengubah fikirannya sebelum menandatangani kontrak akhir”, menyebabkan kesukaran bagi syarikat produksi dan penyiaran.

Setelah membaca tentang kejadian tersebut, ramai netizen meluahkan rasa terkejut, menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar tentangnya selain turut kecewa dengan pendedahan berkenaan.

Hm korang percaya ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...