Ikuti Kami:

“Ikut Perasaan..” – Minta Maaf Dengan Han Sohee, Hyeri Perjelas Perpisahan Bersama Ryu Junyeol

“Ikut Perasaan..” – Minta Maaf Dengan Han Sohee, Hyeri Perjelas Perpisahan Bersama Ryu Junyeol

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Hyeri akhirnya bersuara mengenai isu percintaan Han So-hee dan Ryu Jun-yeol.

Menerusi Instagram, Hyeri memuat naik permohonan maaf kerana menyebabkan kekacauan dek hal itu,

Pertama sekali, saya memohon maaf kerana spekulasi dan kontroversi yang timbul dek perasaan peribadi saya. Saya tak berfikir panjang mengenai impak ke atas kelakuan remeh ini. Saya memohon maaf kepada yang terluka kerana saya.

Tambahnya,

November lalu, terdapat artikel mengenai hubungan yang putus selepas 8 tahun bersama. Keputusan itu bukanlah satu proses yang diambil dalam tempoh yang singkat, dan selepas artikel perpisahan itu dilapor, kami sempat bersembang lama. Tapi kami tak pernah berhubung atau berjumpa selepas perbualan itu.

Hyeri

Akuinya kesal,

Dan selepas 4 bulan membaca artikel baru, saya rasa perasaan sebagai manusia Lee Hye-ri yang timbul dan bukan sebagai pelakon Lee Hye-ri.

Ahli Girls’ Day itu sekali lagi memohon maaf di akhir kalam tersebut.

Semoga semuanya selesai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...