Ikuti Kami:

Ikut Hingga Ke Rumah, Wanita Cuba Beri Sijil Pernikahan Pada V BTS Diberkas

Ikut Hingga Ke Rumah, Wanita Cuba Beri Sijil Pernikahan Pada V BTS Diberkas

Kalau dah terlalu minat sangat, kadang kala pasti akan melampaui batas akal manusia.

Menerusi laporan media Korea, seorang wanita berusia 30-an diberkas oleh polis selepas ditangkap mengintip V dari BTS.

Pada petang 26 Oktober sekitar jam 6.30 petang, individu ini mengikuti V ke dalam lif kediamannya sebelum cuba memberikan sijil pernikahan. Dipercayai individu itu menunggu di luar residen berkenaan sehingga kenderaan yang membawa ahli BTS itu sampai, sebelum mengikutinya masuk dalam lot parkir.

v bts

Individu itu cuba melarikan diri ketika ditahan oleh pengawal keselamatan namun berjaya diberkas tak lama itu, berdasarkan maklumat peribadi yang terdapat pada sijil pernikahan berkenaan.

Khabarnya, individu yang sama pernah mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mengintip V pada masa lalu.

Nantikan maklumat lanjut mengenai kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...