Sudah pun menjangkau usia 43 tahun, Lee Dong-wook pastinya ada terfikir tentang perkahwinan kan.
Baru-baru ini, Lee Dong-wook, Jo Se-ho dan Nam Chang-hee telah muncul sebagai tetamu dalam program “Pinggyego”, yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk.
Ketika sedang berborak tentang majlis perkahwinan, Lee Dong-wook turut meluahkan pendapatnya,
Sejujurnya, saya tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan sama sekali. Sudah tentu, saya akhirnya akan ikut apa sahaja yang bakal isteri saya mahu.
Sambungnya lagi mengapa,
Tetapi jika terpulang kepada saya, saya tidak akan membelanjakan wang untuk majlis perkahwinan. Saya lebih suka menggunakan bajet itu untuk membawa rakan-rakan saya dan rakan wanita itu ke percutian yang besar.
Soal Nam Chang-hee,
Jadi, adakah percutian awak itu akan menjadi kandungan dalam YouTube awak juga?
Jawab pelakon lelaki itu berseloroh,
Sudah tentu! Saya perlu merakam vlog. Saya akan dapat sekurang-kurangnya lima episod di sana. Sebaik sahaja saya naik pesawat, saya akan memulakan penggambaran.
Siapalah bakal isteri Lee Dong-wook nanti ya..