Lisa telah berkerjasama dengan jenama pakaian terkenal iaitu KITH.
Terkini, Lisa telah mengeluarkan koleksi pakaiannya bersama KITH. Sejurus selepas jualan itu dibuka di laman sesawang rasmi mereka, kesemua koleksi tersebut telah kehabisan stok dalam masa 28 minit sahaja.
Antara barangan pertama yang habis dijual ialah T-shirt biru yang dipakai oleh ahli BLACKPINK itu dalam video disebalik tabirnya bersama KITH.
Most of the items from #LISA’s collection with KITH sold out in less than 30 minutes. pic.twitter.com/dbYMURzoy5
— Buzzing Pop (@BuzzingPop) May 31, 2024
Sementara itu, ini bukan kali pertama Lisa menunjukkan pengaruhnya yang besar. Sejak dari debut lagi, hampir kesemua barangan yang dipakai oleh ahli BLACKPINK itu akan habis dijual tanpa mengira harga.
Malah, setiap jenama yang mengambil Lisa sebagai duta mereka juga pasti akan mendapatkan hasil jualan yang lumayan kerana ramai peminat yang ingin bergaya sepertinya.
Dah nama pun Lisa kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.