Ikuti Kami:

“Idola Sekarang Tak Macam Ni”- Nak Masuk 40-an, Tarian Smooth Rain Di TikTok Dapat Pujian Ramai!

“Idola Sekarang Tak Macam Ni”- Nak Masuk 40-an, Tarian Smooth Rain Di TikTok Dapat Pujian Ramai!

Pada peminat K-Pop atau K-Drama lama, anda pasti kenal dengan Jung Ji-hoon atau nama pentasnya iaitu Rain. Lelaki ini yang mula popular selepas membuat kemunculan sebagai penyanyi solo pada tahun 2002 dengan pelbagai lagu hit seperti “Bad Guy”, “Ways To Avoid The Sun”,”It’s Raining” dan banyak lagi.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini menempa nama dalam dunia lakonan menerusi drama yang popular di seluruh dunia iaitu “Full House” bersama Song Hye-gyo. Malahan, lelaki tampan ini berjaya menembusi sehingga ke Hollywood dan berlakon dalam filem “Ninja Assassin” dan “Speed Racer”.

Selepas berjaya menembusi hati peminat wanita sejagat, Rain kini lebih bahagia hidup bersama isterinya iaitu pelakon Kim Tae-hee dan juga dua orang cahaya mata mereka. Kehidupan lelaki ini sentiasa menjadi pedoman pada artis baru kerana dia bermula sebagai seorang yang miskin sebelum berjaya begini.

Dah lama tak tunjukkan bakat tariannya, lelaki berusia 38 tahun ini mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan akaun TikTok rasminya selain mencabar semua untuk melakukan tarian #TheDripChallenge.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...