Utama K-Pop Idola Baharu TNX Lancar Teaser Untuk Debut Mei Ini

Idola Baharu TNX Lancar Teaser Untuk Debut Mei Ini

tnx

Baru-baru ini dikhabarkan seorang pengasas syarikat P Nation dan penyanyi terkenal, PSY, bakal melancarkan lagu terbaru. Namun, terdapat khabar di mana sebuah kumpulan penyanyi lelaki di bawah P Nation yang masih lagi “pre-debut”,  juga bakal melancarkan debut Mei ini!

TNX atau The New Six merupakan sebuah kumpulan penyanyi lelaki yang bernaung di bawah P Nation yang juga merupakan sebuah syarikat yang diusahakan oleh PSY sendiri. Mereka dibentuk melalui program uji bakat di bawah SBS iaitu “LOUD”. Kumpulan ini terdiri daripada Tae-hun, Kyung-jun, Hyun-soo, Jun-hyeok, Hwi dan Sung-jun. Mereka dijangka bakal membuat debut penuh pada 17 Mei tahun ini.

tnx

TNX juga telah memulakan program realiti mereka sendiri Naver NOW iaitu program “The New Six” yang bergenre dokumentari bagi mempromosikan kumpulan mereka sebagai persiapan untuk debut akan datang.

Terbaru, P Nation telah memuat naik pekembangan terkini kumpulan TNX melalui akaun rasmi Twitter (@OfficialPnation) di mana mereka telah melancarkan “countdown” bagi debut akan datang dengan memuat naik satu teaser “Ready To Roll Out” untuk muzik video mereka nanti. Video teaser itu dimuat naik melalui akaun Youtube rasmi mereka iaitu (TNX)

Video teaser kumpulan TNX semestinya menjadi topik bualan hangat antara para peminat kerana rata-rata antara mereka memuji sambil berteka-teki dengan konsep untuk muzik video pertama ini. Jadi, nantikan debut penuh mereka awal Mei ini okay!

Korang dah tengok ke video teaser TNX?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...