Ikuti Kami:

Identiti ‘The Eraser’ Didedahkan, ‘Memorist’ Tamat Dengan Rating Sederhana

Identiti ‘The Eraser’ Didedahkan, ‘Memorist’ Tamat Dengan Rating Sederhana

Sudah penat dengan drama romantik mendayu sahaja, penonton K-Drama kini lebih mengidamkan naskhah berat yang mencabar jiwa dan fikiran. Perasaan berdebar-debar menantikan kebenaran sebenar di sebalik sesuatu insiden dan persoalan yang memenuhi minda membuatkan ramai yang teruja. Sebab itulah drama “Memorist” yang ditayangkan di saluran tvN berjaya meraih perhatian ramai!

Sinopsis ringkas

Berkisarkan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, ia membawa kisah Dong-baek (Yoo Seung-ho) iaitu seorang detektif yang boleh membaca fikiran seseorang. Malahan lelaki ini tidak kisah melanggar peraturan langsung bagi memastikan setiap penjenayah yang dikejarnya berjaya ditumpaskan.

Selepas mengenali dengan seorang profiler hebat iaitu Han Sun-mi (Lee Se-young), mereka mula bergabung tenaga untuk memburu seorang pembunuh bersiri. Satu demi satu kes yang dikendalikan oleh mereka menunding kepada seorang pembunuh yang dipanggil ‘The Eraser’. Lebih menyerabutkan kerana kuasa luar biasa Dong-baek itu membongkarkan banyak rahsia hitam.

memorist

Identiti ‘The Eraser’ terbongkar

Selepas mengikuti semua petunjuk yang diperolehi, Dong-baek akhirnya berjaya menjejaki pembunuh bersiri ‘The Eraser’ yang sudah sekian lama dikejar oleh mereka. Detektif lelaki itu nyata terpempan dan hilang kata-kata apabila menyedari bahawa penjenayah tersebut sebenarnya adalah kakak kandungny sendiri selepas membaca memorinya.

Seo Hee-soo (Lee Young-jin) bukan sahaja dibongkarkan sebagai ‘The Eraser’ malahan adalah dalang di sebalik jenayah yang berlaku di gudang tebiar tersebut pada suatu masa dahulu. Dong-baek yang menghalakan pistol ke arah kakaknya itu dikejutkan lagi apabila wanita tersebut merebut senjata itu dan bertindak mengambil nyawanya sendiri.

episod akhir memorist

Rating sederhana untuk plot yang mengagumkan

Walaupun ramai penonton yang memuji jalan cerita “Memorist” sebagai unik dan bijak kerana dipenuhi dengan plot twist yang langsung tak dijangkakan oleh semua. Tambahan pula, para teraju utama nyata berjaya menghidupkan semua watak yang ada dek kerana lakonan mereka yang meyakinkan.

Pun begitu, rating yang dicatatkan oleh drama misteri thriller ini tidak setanding langsung dengan plotnya yang mengagumkan. Sepanjang tayangan, “Memorist” hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 2% ke 3% sahaja malahan catatan tertinggi yang dicatatkan oleh drama ini ialah semasa episod ke-3 dengan angka 3.4%.

Walaupun dah habis, anda masih lagi boleh marathon drama “Memorist”!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...