Ikuti Kami:

Identiti Peguam Konon Kekasih Song Joongki ‘Dibocorkan’, Janda & Pernah Uruskan Penceraian Lelaki Itu?

Identiti Peguam Konon Kekasih Song Joongki ‘Dibocorkan’, Janda & Pernah Uruskan Penceraian Lelaki Itu?

Minggu lepas industri hiburan Korea kecoh apabila pelakon popular Song Joong-ki dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang peguam wanita ‘A’. Bagaimanapun, khabar angin itu dinafikan oleh syarikat naungan pelakon tersebut dan menjelaskan bahawa kedua mereka hanya mengenali satu sama lain dan tak lebih daripada itu.

Pun begitu, sebuah saluran Youtube popular ‘Ga Se Yeon’ yang juga dihoskan oleh tiga orang lelaki yang bekerja dalam industri profesional dan sering membongkarkan isu ‘panas’ telah mendedahkan segala maklumat terperinci mengenai identiti wanita tersebut.

ga se yeon song joongki

Lebih mengejutkan apabila peguam itu dikatakan merupakan kakitangan di syarikat guaman yang menguruskan proses penceraian Song Joong-ki.

Ini adalah firma guaman yang sama di mana Song Joong-ki mula-mula menghantar kenyataan media mengenai penceraiannya. Ada tiga peguam yang menguruskan hal tersebut dan ‘A’ adalah salah seorang daripadanya.

peguam bercinta dengan song joongkisong joongki dan han chaeyoungMenurut pendedahan lanjut, nama ‘A’ ialah Han Chae-young dan 10 tahun lebih muda daripada Song Joong-ki. Peguam itu juga merupakan seorang janda selepas bercerai dengan suaminya yang juga merupakan alumni kolej yang sama dengannya.

Walaubagaimanapun syarikat naungan Song Joong-ki iaitu History D&C mendedahkan bahawa mereka akan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menyebarkan khabar angin tidak berasas itu.

song joongki bercinta peguam

Bahkan netizen Korea juga meluahkan rasa kesal pada ‘Ga Se Yeon’ kerana melampaui batas dan berkongsi maklumat peribadi seorang rakyat biasa dan mengaitkannya dengan selebriti popular. Hal ini mungkin akan memberi kesan kepada kerja dan kehidupan peribadinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...