Ikuti Kami:

‘Ice Cream’ Raih 25 Juta Tontonan Lepas 5 Jam, Peminat Beri Reaksi Bercampur Lagu Ceria BLACKPINK

‘Ice Cream’ Raih 25 Juta Tontonan Lepas 5 Jam, Peminat Beri Reaksi Bercampur Lagu Ceria BLACKPINK

Setelah sekian lama menanti, akhirnya BLACKPINK kembali dengan single terbaru selepas meriliskan single pertama “How You Like That” dua bulan yang lepas. Tampil dengan konsep berbeza, ramai yang nyata terkejut dengan lenggok baru lagu “Ice Cream”.

Kalau anda nak tahu, single kali ini adalah lebih istimewa kerana ia turut menampilkan penyanyi Barat popular iaitu Selena Gomez. Sesuai dengan kehangatan musim panas, “Ice Cream” memperlihatkan kelima-lima wanita cantik ini bergembira dengan ais krim di tangan.

Selalunya membawa lagu yang lebih bersifat ‘upbeat’ dan rancak, lagu “Ice Cream” ini membuktikan bahawa kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Ji-soo, Rosé dan Lisa mampu membawa gaya muzik yang lain daripada biasa. Pun begitu, nampaknya seperti ada sesetengah peminat yang merasakan bahawa single terbaru ini adalah ‘boring’ kalau nak dibandingkan dengan lagu BLACKPINK yang sebelum ini.

Mungkin kerana tiada ‘hook’ menagihkan setiap kali masuk korus, “Ice Cream” dikatakan tidak berperisa kerana melodinya yang berulang-ulang. Pun begitu, ramai yang sepertinya paling suka dengan bahagian rap Lisa dan merasakan itu adalah persona yang paling menarik dalam single ini.

Bukan itu sahaja, ada yang meluahkan rasa kurang senang apabila tempoh nyanyian setiap ahli BLACKPINK dan Selena Gomez tidak dibahagikan secara sama rata. Bahkan sesetengah komen mengatakan bahawa penyanyi Barat itu mengambil bahagian yang banyak sehingga tinggal sedikit sahaja ruang untuk BLACKPINK menyanyi. Lagi pula, rap Lisa sepertinya mendominasi lagu “Ice Cream” lantas menyebabkan kurang bahagian nyanyian buat Ji-soo dan Rosé yang merupakan penyanyi utama kumpulan ini.

ice cream blackpink

Walaubagaimanapun, lagu “Ice Cream” sebenarnya senang sahaja didengari di telinga dan membuatkan ramai yang tersebyum apabila memainkannya. Bahkan seronok melihat ahli BLACKPINK bergembira dalam video muzik tersebut!

BLACKPINK kekal hebat untuk kali ini tahu kerana baru sahaja 5 jam video muzik itu diriliskan, tontonannya sudah mencecah 26 juta. Mengagumkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...