Ikuti Kami:

“Ibu Saya Nangis Lepas Saya Lahir Kerana Saya Terlalu Hodoh” – Jihyo TWICE

“Ibu Saya Nangis Lepas Saya Lahir Kerana Saya Terlalu Hodoh” – Jihyo TWICE

Baru-baru ini, video bertajuk “JIHYO Album-log ‘Zyo’s Zone.Zip’ EP.03” telah dimuat naik di saluran YouTube TWICE.

Dalam video itu, Ji-hyo bersama ibu bapanya kembali melihat album keluarga dan turut bercakap tentang kenangan mereka bersama. Ketika melihat gambarnya ketika bayi, Ji-hyo bertanya kepada ibu dan ayahnya,

Apabila awak melihat saya selepas saya dilahirkan, apa yang awak katakan?

Respon ibu bapanya,

Dia sangat hodoh. Saya fikir semua bayi dilahirkan comel dan saya sangat terkejut kerana awak kelihatan sangat pelik.

Jelas Ji-hyo,

Ibu saya berkata dia menangis kerana saya sangat hodoh. Saya sakit selepas dilahirkan. Doktor mencukur rambut saya dan saya berada dalam inkubator.

Kongsi ibu penyanyi wanita itu lagi,

Semasa awak di hospital, saya asyik menangis tiap malam. Saya sangat ingin memegang awak. Awak berada dalam inkubator selama seminggu. Doktor tidak mengizinkan saya berjumpa awak selama 4 hari. Apabila saya boleh tengok awak, wajah awak dah berubah. Semua bengkak dah hilang. Jururawat memberitahu bahawa dia telah bekerja selama lebih 10 tahun dan awak adalah bayi tercantik yang dia pernah lihat.

Dari kecil sampai besar, Ji-hyo memang sentiasa cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...