Ikuti Kami:

Ibu Datang Dari Amerika Untuk Beri Sokongan, Jessi Dilihat Menangis Selepas Persembahan

Ibu Datang Dari Amerika Untuk Beri Sokongan, Jessi Dilihat Menangis Selepas Persembahan

Pada 15 April, Jessi telah muncul dalam program “Yoo Heeyeol Sketchbook” sebagai tetamu, bagi mempromosikan single terbarunya “Zoom”.

Semasa MC Yoo Hee-yeol sedang berborak dengan penyanyi tersebut, dia memberitahu,

Saya dengar ibu awak ada di sini hari ini.

Jessi yang kelihatan emosi, menjelaskan,

Jangan buat saya menangis. Ibu saya datang dari Amerika kerana saya mengalami masa yang sukar. Dia mahu berada di sisi saya. Sudah lama sejak kali terakhir saya melihatnya.

jessi's mom

Ibu Jessi yang sedang duduk dalam kalangan penonton, berkata,

Terima kasih kerana menyayangi Jessi. Saya bangga dengan anak perempuan saya.

Yoo Hee-yeol bertanya,

Awak kelihatan cantik. Awak telah membuat rambut awak di kedai, bukan?

Ibu Jessi membuat semua orang ketawa apabila dia terus terang mengaku,

Saya tidak mencuci rambut saya.

jessi yoo heeyeol sketchbook

Selain itu, Jessi turut meluahkan rasa syukurnya kepada keluarganya yang sentiasa memberi sokongan buatnya. Dia menyatakan,

Keluarga saya menyokong saya tidak kira apa yang saya lakukan. Mereka memberitahu saya bahawa walaupun saya membuat kesilapan, saya boleh bangun semula. Saya membesar dengan kuat. Saya kini berusia 35 tahun, dan saya dapat hidup seperti diri saya sendiri, terima kasih kepada keluarga saya.

 

Kemudian, selepas persembahan bagi lagunya “Star”, Jessi dilihat menitiskan air mata dek lagu tersebut yang menceritakan tentang keluarganya.

Tonton persembahan Jessi bagi lagu “Star” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...