Ikuti Kami:

“Ibu Berhenti Kerja Sebab Stres, Saya Kerja Part-Time” – Taeil NCT Dedah Kehidupan Sukar Dek Tuduhan Rog*l

“Ibu Berhenti Kerja Sebab Stres, Saya Kerja Part-Time” – Taeil NCT Dedah Kehidupan Sukar Dek Tuduhan Rog*l

Akhirnya, Taeil NCT mengakui bahawa dia merogol seorang wanita asing yang mabuk pada Jun tahun lalu.

Selepas perbicaraan yang berlangsung pada pagi ini, dia disabitkan dengan pertuduhan melanggar Akta Khas Mengenai Hukuman, dsb. Jenayah Seksual (rogol khas) yang diadakan di Bahagian Jenayah (D) ke-26 Mahkamah Daerah Pusat Seoul.

Pihak Taeil menyatakan bahawa dia telah menyampaikan permohonan maaf buat mangsa melalui peguam yang dilantik oleh mahkamah. Mangsa telah menerima permohonan maaf tersebut dan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia tidak mahu meneruskan tindakan hukuman. Taeil, dalam rasa penuh penyesalan, telah mengikuti program pencegahan jenayah seksual dan menjalani sesi kaunseling, serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Peguam turut memaklumkan bahawa insiden ini memberi kesan besar kepada keluarga Taeil, termasuk ibunya yang terpaksa berhenti kerja akibat tekanan daripada kes tersebut. Kini, Taeil hanya membantu secara kecil-kecilan di restoran milik kenalan, dan keluarganya mengalami kesulitan kewangan yang serius.

Taeil yang mengaku tidak mempunyai pekerjaan berkata,

Saya mohon maaf kepada semua yang kecewa dengan saya. Jika diberi peluang kedua, saya akan menganggapnya sebagai peluang terakhir dalam hidup dan akan melakukan apa saja untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan menjalani hidup dengan sebaik mungkin.

Susulan itu, Tae-il juga merayu agar hukuman diringankan selepas pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 7 tahun buat lelaki tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...