Ikuti Kami:

“Ibu Bapa Halang Saya Dari Menari Sebab…”- J-Hope BTS Akui Minatnya Pernah Ditentang

“Ibu Bapa Halang Saya Dari Menari Sebab…”- J-Hope BTS Akui Minatnya Pernah Ditentang

Disebalik kejayaan J-Hope menjadi seorang idola popular, siapa sangka minat dia terhadap tarian pernah mendapat bantahan.

Baru-baru ini, J-Hope BTS telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara muzik “The Seasons – Jay Park’s Drive”.

Dalam temu bual itu, Jay Park bertanya soalan kepada J-Hope tentang minatnya dalam dunia tarian.

Adakah ibu bapa awak membantah minat awak dalam dunia menari?

Jawab ahli BTS itu mengejutkan penonton,

Saya mendapat bantahan yang sangat besar. Sebab ayah saya adalah seorang guru sastera di sekolah saya.

jhope bts

J-Hope akui,

Saya seorang budak pintar tetapi secara tiba-tiba perasaan minat untuk menari itu timbul dalam diri saya. Walaupun saya tidak boleh menari dengan baik tetapi saya tetap belajar dengan bersungguh-sungguh. Jadi, saya mengambil keputusan untuk belajar menari dan berlatih pada waktu subuh.

Selain itu, J-Hope turut mendedahkan bahawa ketika dia berada di sekolah rendah, dia cuba mengikuti tarian popular yang pernah keluar dari program hiburan dan mula belajar tarian secara profesional pada usia 14 tahun.

Selepas itu, J-Hope berkata,

Sekarang ini, mereka masih setia menyokong saya lebih daripada orang lain.

jhope dan jay park

Kemudian Jay Park bersetuju dengan kata-kata ahli BTS itu dan menyatakan bahawa,

Ibu bapa saya sentiasa menjadi peminat nombor satu.

Betul tu, sokongan dari ibu bapa penting dalam kehidupan kita semua.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...