Ikuti Kami:

“Ibu Adalah Kelemahan Saya…” – Park Eunbin Kongsi Ibu Jadi Tunjang Utama Bagi Kebolehan Lakonannya

“Ibu Adalah Kelemahan Saya…” – Park Eunbin Kongsi Ibu Jadi Tunjang Utama Bagi Kebolehan Lakonannya

Lakonan Park Eun-bin memang best kan!

Baru-baru ini, Park Eun-bin berkongsi bahawa ibunya memainkan peranan yang penting dalam kebolehan lakonannya.

Ibu Park Eun-bin merupakan bekas seorang pelajar elit daripada Seoul Institute of The Arts yang sangat meminati lakonan dan bahasa. Ibunya kini merupakan seorang penulis.

Teater “Once Upon A Long Time Ago” dilakonkan oleh Park Eun-bin sewaktu dia masih merupakan seorang pelajar tahun dua sekolah menengah. Teater itu juga diterbitkan oleh Park Sang-won yang juga sebelum itu pernah bergandingan bersamanya sebagai anak dan bapa dalam drama “White Nights”. park eunbinUntuk pengetahuan, Park Sang-won juga sebenarnya merupakan rakan alumni ibunya di institut pengajian yang sama.

Dalam pada itu juga, seorang senior daripada sebuah syarikat penyiaran juga pernah berkongsi mengenai ibu Park Eun-bin.

Ibu Eun-bin menghadiri Institut Seoul dalam bidang Seni di Kampus Namsan pada awal 1980-an. Saya tahu sebenarnya bahawa ibunya melepaskan impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon namun dia berjaya mendidik anak perempuannya menjadi seorang pelakon hebat. Dia sememangnya berbakat besar. 

park eunbinMelihat kepada perangai kebiasaan bagi sesetengah ibu-bapa bagi pelakon cilik, yang suka merasuah penerbit dan juga wartawan, CEO kepada syarikat MTM berkata,

Ibu Park Eun-bin tidak sama seperti ibu atau bapa yang lain. Dia hanya bercakap mengenai perkara yang perlu dan sangat bersungguh dalam mendidik anaknya. Dia suka berlaku adil. 

Sebelum ini, Park Eun-bin juga pernah tampil dalam satu rancangan hiburan “Yoo Quiz On The Block”, dan dia pernah berkongsi bahawa ibunya berkorban masa dan tenaga menjadi pengurusnya selama hampir 15 tahun.

Ibu saya adalah kelemahan yang mampu membuat saya terkesan. Terima kasih kepadanya, saya kini menjadi seorang pelakon dan anak perempuan seperti ini. Ibu adalah kawan baik dan mentor saya yang terbaik. Ibu selalu menemani saya kemana jua saya pergi jadi saya harus menjadi anak yang baik kepadanya. 

park eunbin

Mana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...