Utama Celebrity News “Ianya Seperti Takdir” – Son Yejin Kongsi Perasaan Bakal Bergelar Isteri Hyunbin

“Ianya Seperti Takdir” – Son Yejin Kongsi Perasaan Bakal Bergelar Isteri Hyunbin

son yejin

Bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, sudah pasti ramai yang ternati-nanti reaksi pertama Son Ye-jin selepas memberikan pengumuman yang mengejutkan itu kan?

Terbaru, menerusi sidang media drama “Thirty-Nine”, tunangan Hyunbin itu sempat berkongsi perasaan mengenai berita berkenaan.

Apabila ditanya mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung itu, soal Son Ye-jin kepada pengacara Park Seul-gi yang sudah berkahwin,

Seul-gi, apa perasaan awak selepas berkahwin?

son yejin

Jawab wanita berbadan genit itu,

Dunia ini cantik, sangat menyeronokkan.

Jawab Son Ye-jin pula,

Saya pun berharap begitu, terima kasih.

son yejin

Sambung pelakon tersebut,

Saya tak pasti bagaimana ingin memberikan respon mengenai hal peribadi di sidang media ‘Thirty-Nine’. Sebagai pelakon dan dari aspek peribadi, perkara yang besar telah berlaku pada awal tahun 2022. Saya merasakan ia merupakan takdir.

Son Ye-jin kemudiannya mengucapkan terima kasih kerana meminjamkannya platform untuk menceritakan mengenai hal berkenaan.

Malu-malu tau Son Ye-jin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERSPOTV News
Loading...