Walaupun sudah sembilan tahun berlalu, Jessica masih lagi tidak dapat melupakan pengalaman paling pahit di dalam kehidupannya.
Baru-baru ini, Jessica telah membuat kemunculan di dalam sebuah rancangan podcast iaitu “The Daily Ketchup Podcast” dan berkongsi kisahnya ketika bergelar pelatih, ahli GIRLS’ GENERATION, kerjaya solonya dan banyak lagi.
Jessica telah memulakan kerjayanya bersama dengan GIRLS’ GENERATION pada 2007 dan kekal sebagai ahli sehingga dia memaklumkan kepada peminat melalui Weibo pada 29 September 2014, bahawa dia telah diminta untuk meninggalkan kumpulan itu.
Katanya,
Masa saya keluar dari kumpulan tersebut, saya baru sahaja memulakan perniagaan saya iaitu BLANC & ECLARE. Jadi saya cuba untuk letakkan masa lalu saya di belakang dan lihat akan perkara yang lebih cerah. Namun, ianya sangat sukar.
Tambahnya,
Ianya merupakan masa yang paling gelap dalam hidup saya. Tapi, saya bernasib baik kerana mempunyai keluarga, rakan serta peminat yang sentiasa menyokong dan ada dengan saya.
Tidak berhenti di situ, kakak kepada Krystal itu berkata,
Saya anggap bahawa masa itu merupakan masa peralihan yang baik untuk saya dan ianya juga membuatkan saya jadi lebih matang untuk menghadapi kehidupan di dunia.
Betul la orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.