Ikuti Kami:

“Ianya Bantu Saya..” – Sudah Berabad Dikeluarkan, Buku Cadangan Han Sohee Habis Dijual Di Korea

“Ianya Bantu Saya..” – Sudah Berabad Dikeluarkan, Buku Cadangan Han Sohee Habis Dijual Di Korea

Sebagai salah seorang pelakon yang terkenal, Han So-hee sekali lagi telah membuktikan pengaruhnya dengan cara yang tidak dijangka.

Selain daripada memiliki kecantikan dan lakonan yang luar biasa, Han So-hee sering dipuji kerana sikapnya yang ikhlas terhadap peminat serta kejujurannya ketika berkomunikasi dengan mereka.

Malah baru-baru ini, pengaruh baik pelakon itu telah dibuktikan selepas buku yang dicadangnya habis dijual. Di mana pada November yang lalu, pelakon tersebut telah mencadangkan sebuah buku yang berjudul “The Book Of Disquiet” ketika ditemu bual oleh majalah “Esquire Korea”.

Katanya,

Buku ni meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan saya. Terutamanya sebab saya sering rasa anxiety. Jadi, buku ni memang sangat membantu saya untuk menangani perasaan tersebut.

Terutamanya, “The Book Of Disquiet” itu juga sering dirujuk sebagai “The Book of Anxiety” oleh penerbit Korea kerana kandungannya yang meluas berkaitan dengan topik itu.

Dalam masa yang sama, buku yang mempunyai 800 halaman muka surat itu juga telah menjadi salah satu buku yang paling banyak ditempah di Korea Selatan, sehingga menyebabkan pihak penerbit terpaksa mencetak semula buku tersebut dengan jumlah yang banyak.

sohee (2)

Disebabkan perkara ini, rata-rata netizen memuji pelakon itu kerana menggunakan pengaruhnya untuk menyebarkan perkara yang bermakna kepada peminatnya di serata dunia.

Ada yang dah pernah baca ke buku ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...