Ada tak yang tengah layan drama “Black Out” sekarang?
Diterajui Byun Yo-han, drama ini mengikuti seorang lelaki muda yang disabitkan dengan pembunuhan dua wanita misteri, di mana mayat itu hilang.
Menerusi sesi sidang media sebelum ini, lelaki itu bercakap tentang wataknya yang harus mengenakan pakaian seragam sekolah dalam drama tersebut, meskipun usianya hampir mencecah 40 tahun kini. Luahnya,
Saya tahu bahawa saya memakai pakaian seragam sekolah akan menjadi isu. Sejujurnya, kebimbangan utama saya ialah bagaimana untuk menggambarkan watak Go Jung-woo dengan berkesan dari umur 19 hingga awal 30-an.
Malahan menerusi Instagram Story baru-baru ini, lelaki itu turut meminta maaf dengan menulis,
Saya minta maaf, cikgu.
Menjawab soalan dari salah seorang penonton yang bertanya perasaannya memakai pakaian sekolah, Byun Yo-han berkata,
Terima kasih atas soalan itu. Ya, saya rasa ia sangat sukar.
Alahh Byun Yo-han takde la nampak pelik pun pakai baju sekolah, kan?