Ikuti Kami:

“Ia Bermula” – Pengurus Song Kang Beri Klu ‘Sweet Home 2’ Sedang Jalani Penggambaran?

“Ia Bermula” – Pengurus Song Kang Beri Klu ‘Sweet Home 2’ Sedang Jalani Penggambaran?

Pastinya ramai yang menantikan musim kedua “Sweet Home” betul tak? Nampaknya ia mungkin akan menjadi kenyataan tak lama lagi!

Terbaru, pengurus Song Kang iaitu teraju utama pada musim lalu telah memuat naik gambar kasut berdarah di Instagram Story miliknya. Kapsyen yang ditulis,

Ia sudah bermula.

song kang sweet home 2

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa gerangan pemilik kasut itu, namun ramai menebak ia adalah milik Song Kang dan sepertinya penggambaran untuk “Sweet Home 2” sudah bermula.

Malah baru-baru ini, terdapat laporan berita yang mengatakan bahawa pihak produksi siri itu sudah pun menyelesaikan penggambaran episod pertama untuk musim terbaru itu. Ia berikutan gambar buku skrip yang dimuat naik oleh staf siri berkenaan.

sweet home 2

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengesahan daripada pihak produksi “Sweet Home 2” sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...