Ikuti Kami:

“Ia Adalah Keputusan Terbaik..” – Jeon Somi Kongsi Sebab Ingin Sertai Agensi ‘The Black Label’

“Ia Adalah Keputusan Terbaik..” – Jeon Somi Kongsi Sebab Ingin Sertai Agensi ‘The Black Label’

Penyanyi bagi lagu hit “Dumb Dumb” Jeon So-mi, merupakan artis di bawah agensi The Black Label.

Baru-baru ini, dia telah terlibat dengan satu temu bual bersama majalah Elle Singapore, dan dia turut berkongsi perkara yang mendorongnya untuk menyertai agensi itu dalam kerjaya solonya sekarang. Bagi yang belum tahu, So-mi pada mulanya mendapat perhatian sebagai pelatih terkenal dari JYP Entertainment, dan sebagai ahli kumpulan gadis projek I.O.I, dan juga pernah dikhabarkan akan menjadi sebahagian daripada barisan ahli untuk ITZY tetapi, dia akhirnya membuat keputusan untuk bergerak sebagai artis solo.

So-mi mendedahkan bahawa Teddy, yang merupakan pengasas The Black Label, telah menghubunginya secara peribadi untuk bertanya sama ada dia ingin menyertai agensi itu. Dia juga berkongsi bahawa dia sangat teruja dengan tawaran untuk menyertai agensi yang sama menempatkan beberapa artis kegemarannya, seperti 2NE1 dan BIG BANG. Menurutnya,

Kemudian penerbit Teddy memanggil saya untuk datang ke THEBLACKLABEL, dan saya tidak percaya. Saya pernah menjadi peminatnya kerana saya telah mendengar BIG BANG dan 2NE1 semasa membesar.

somi elle singapore

Tambahnya,

Apabila saya bertemu dengannya, dia begitu bersemangat untuk menerangkan semua peluang yang dia lihat dalam diri saya. Saya merasakan keikhlasan melalui matanya, dan saya tahu saya boleh mempercayai masa depan saya bawah arahannya. Saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa ia adalah keputusan terbaik yang saya buat dalam hidup saya setakat ini.

Kini, So-mi telah berkembang maju sebagai pemuzik di bawah The Black Label, dengan lagu hitnya “Dumb Dumb”, “What You Waiting For” dan banyak lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...