Rata-ratanya masih terkejut mendengar perkhabaran tentang perpisahan Hyuna dan Dawn.
Terbaru, Dawn memuat naik entri di Instagram bagi memberikan penjelasan mengenai hubungannya dengan Hyuna kini.
Tulisnya panjang,
Hello, ini ialah Dawn. Saya akan beri penjelasan ringkas. Entri kedua bukanlah ditulis oleh saya. Si penakut menyedihkan dan kotor yang menyebarkan pembohongan itu, saya akan saman awak. Walaupun kami dah berpisah, dia masih lagi seseorang yang saya hargai, dia sangat jujur dan seorang yang dihormati oleh saya, dan dia akan menjadi artis kegemaran saya. Tolonglah, jangan hidup seperti itu. Habiskan masa awak di tempat lain.
View this post on Instagram
Dalam entri yang sama, Dawn berkongsi tuduhan yang mengatakan Hyuna pernah bersekedudukan dengan lelaki lain hingga menggugurkan anak sebelum ini.
Dah tiada jodoh kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.