Bercinta lama macam mana pun, kalau takde jodoh, tak jadi juga kan..
Baru-baru ini, peminat perasan bahawa Dawn telah memadam banyak gambar di Instagram peribadinya, termasuklah semua gambarnya bersama dengan bekas kekasih iaitu Hyun-a.
Sebelum ini, hantaran di akaun lelaki itu adalah sebanyak 1,095 namun kini, hanya tinggal 15 sahaja dengan semuanya adalah untuk projeknya sebagai seorang penyanyi.
View this post on Instagram
Dengan ini, ramai yang menebak bahawa Dawn berbuat demikian susulan pengumuman bahawa Hyun-a akan berkahwin dengan, Yong Jun-hyung iaitu kekasih barunya.
Meskipun begitu, Dawn sendiri masih senyap dan tidak menyatakan sebab dia memadam hampir semua foto di Instagramnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.