Hyun Bin & Son Yejin Jual Rumah Pengantin Baru Mereka Bernilai RM24 Juta
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Pelakon popular, tak terkejutlah kalau Hyun Bin dan Son Ye-jin merupakan antara selebriti paling kaya kini.
Terbaru pada 7 Jun, media melaporkan bahawa Hyun Bin dan Son Ye-jin telah menjual rumah pengantin baru mereka, iaitu sebuah penthouse mewah yang dibeli pada 2020.
Untuk pengetahuan, penthouse yang berjumlah 4.8 bilion won (RM16,466,016) itu terletak di wilayah Gyeonggi, mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi serta taman di atas bumbung dengan keluasan 330㎡.

Kini, 4 tahun selepas pembeliannya, Hyun Bin dilapor telah menjual penthouse itu pada harga 7 bilion won (RM24,011,610) dan sekiranya ia dijual pada harga yang diminta, dia akan memperoleh 2.2 bilion won (RM7,546,506).
Sementara itu, Hyun Bin dan Son Ye-jin mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




