Ikuti Kami:

Hyeri Girls’ Day Sah Undur Diri, Taeyeon SNSD, Key SHINee & Hanhae Sertai ‘Amazing Saturday-Doremi Market’

Hyeri Girls’ Day Sah Undur Diri, Taeyeon SNSD, Key SHINee & Hanhae Sertai ‘Amazing Saturday-Doremi Market’

Nampaknya akan ada perubahan pada ahli panel rancangan hiburan popular iaitu “Amazing Saturday – Doremi Market” tak lama lagi.

Menurut sumber daripada industri, Hye-ri daripada Girls’ Day yang sudah bersama dengan rancangan tersebut sejak awalnya akan meninggalkan rancangan tersebut selepas 3 tahun ‘berkhidmat’.

Malah agensi pelakon itu iaitu Creative group ING turut mengesahkan berita tersebut dan mengatakan bahawa Hye-ri akan terus muncul sehingga penghujung November nanti.

Bukan itu sahaja, sumber daripada “Amazing Saturday – Doremi Market” turut berkongsi kenyataan mengenai berita tersebut,

Hye-ri akan meninggalkan rancangan ini untuk memberikan fokus kepada lakonan. Tae-yeon Girls’ Generation akan menyertai sebagai ahli baru bermula November nanti. Manakala Key SHINee dan Hanhae akan kembali menyertai semula rancangan ini selepas menjadi tetamu pada episod akan datang.

hyeri tinggalkan amazing saturday

Berita ini nyata mengejutkan ramai orang kerana Hye-ri sudah pun dianggap sebagai ‘nyawa’ kepada program tersebut dek kehebatannya meneka lirik dan menjawab soalan kuiz untuk memenangi snek. Bahkan dia juga sentiasa menceriakan set penggambaran dengan tariannya yang lincah.

Semoga Hye-ri terus sukses dalam kerjayanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...