Hwang Minhyun Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat Pertama Selepas Debut
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Hwang Min-hyun bakal adakan perjumpaan bersama peminat yang pertama selepas debutnya! Yeay, bestnya!
Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Pledis Entertainment apabila mereka memuat naik poster rasmi untuk perjumpaan bersama peminat Min-hyun menerusi akaun rasmi Twitter agensi itu.
Melalui poster itu, turut disertakan tarikh bagi perjumpaan bersama peminat tersebut iaitu pada 12 sehingga 14 Ogos akan datang. Perjumpaan bersama peminat “My Summer” itu bakal diadakan di COEX Artium di Seoul sepanjang tiga hari berturut-turut.
[NOTICE] 황민현 팬미팅 <나의 여름> 안내 (+ENG/JPN/CHN)
▶ https://t.co/eRqiWL8MNR#황민현 #HWANGMINHYUN #나의여름 pic.twitter.com/1UVdDc5Nt2
— 황민현(HWANG MIN HYUN) (@MINHYUN_PLEDIS) July 18, 2022
“My Summer” menandakan perjumpaan bersama peminat yang pertama setelah debutnya sebelum ini. Dalam pada itu, acara kali ini sekaligus adalah untuk meraikan hari jadinya yang ke-28 pada 9 Ogos akan datang.
Bukan itu sahaja, Min-hyun juga telah mengesahkan “Hwangdo” sebagai kelab peminat rasminya yang mana membuat peminat terus berteka-teki untuk aktiviti solonya yang akan datang.
Makin banyak la aktiviti Hwang Min-hyun selepas ini! Siapa nak join fanclub “Hwangdo”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




