Ikuti Kami:

Hwang Jungmin, Jung Woosung & Park Haejoon Sertai Penggambaran Filem Sejarah ‘Seoul’s Spring’

Hwang Jungmin, Jung Woosung & Park Haejoon Sertai Penggambaran Filem Sejarah ‘Seoul’s Spring’

Sebuah filem baharu berjudul “Seoul’s Spring”, yang dibintangi oleh Hwang Jung-min, Jung Woo-sung, Park Hae-joon dan ramai lagi telah memulakan penggambaran!

“Seoul’s Spring” diarahkan oleh pengarah Kim Sung-soo yang menggambarkan dengan jelas kisah-kisah watak yang penuh semangat tanpa melewatkan suasana zaman, seperti dalam karya terdahulunya “Asura: City of Madness”, “Flu” dan “Beat”. Filem yang akan datang ini adalah mengenai peristiwa besar yang menggegarkan di Korea, berlaku pada akhir 1970-an.

Hwang Jung-min dan Jung Woo-sung akan bergandingan buat kali kedua sejak berlakon bersama dalam filem arahan Kim Sung-soo “Asura: City of Madness”. Pelakon Lee Sung-min, Park Hae-joon, dan Kim Sung-kyun, yang sibuk membintangi kedua-dua filem dan drama kini, akan turut menyertai produksi pengarah Kim Sung-soo ini buat kali pertama.

filem seoul's spring

Ketika bercakap tentang produksi, pengarah Kim Sung-soo dengan bangganya meluahkan perasaannya terhadap para pelakon, sambil berkata,

Pelakon terkenal pada masa ini telah berkumpul bersama untuk ‘Seoul’s Spring’. Sebagai pengarah, bolehkah ia menjadi lebih baik daripada ini?

Memang tak dinafikan semua pelakon-pelakon hebat ni. Nantikan keluaran filem “Seoul’s Spring”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...