Ikuti Kami:

“Humblenya Dia” – Jun Somin Dipuji Sertai Parti Sambutan Ulang Tahun ke-18 Anjuran Peminat

“Humblenya Dia” – Jun Somin Dipuji Sertai Parti Sambutan Ulang Tahun ke-18 Anjuran Peminat

Rupanya Jun So-min sudah pun 18 tahun aktif dalam dunia seni Korea sebagai pelakon dan juga penghibur.

Kelmarin, beberapa kelab oeminat pelakon wanita itu telah bergabung bagi menyambut hari ulang tahun ke-18 itu di sebuah kafe di sekitar Seoul.

Apa yang menariknya ialah Jun So-min dilihat hadir sama bagi berkongsi momen indah itu bersama orang-orang yang disayanginya iaitu peminat.

Menerusi beberapa entri di Twitter dan Instagram, ahli “Running Man” tersebut gembira beramah mesra dengan peminat termasuklah berpeluk dan memberikan tandatangan buat tetamu yang hadir.

Rata-rata peminat yang menyaksikan interaksi ini meluahkan rasa cemburu kerana dapat berjumpa Jun So-min secara berdepan selain bersembang dengannya tanpa sebarang halangan.

Malah ada yang memuji sikap baik hati dan ramah pelakon tersebut yang tidak kekok melayan peminatnya.

Bestnya dapat jumpa Jun So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...