Sejak menghadiri acara pertunjukan fesyen Dior di Paris baru-baru ini, Ji-soo BLACKPINK kelihatan rapat dengan seorang pelakon Hollywood Charlize Theron.
BACA: “Sesuai Gelaran Puteri Dior”- Netizen Puji Kecantikan Jisoo BP Di Paris
Terbaru, Ji-soo telah memuat naik fotonya bersama Charlize Theron di Instagram Story dengan menulis,
Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu dengan Charlize Theron. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik.
Dalam foto yang diterbitkan oleh Charlize Theron itu, mereka berdua sedang berada di acara pertunjukan fesyen Dior dan kedua-duanya tersenyum mesra, berjaya menarik perhatian ramai.
Selepas Ji-soo memuat naik gambar itu, Charlize Theron menyiarkan semula entri tersebut dan meninggalkan mesej berkata,
Hubungi saya bila-bila masa jika awak memerlukan pengawal peribadi.
Kemudian, ahli BLACKPINK itu sekali lagi menyiar semula entri yang sama dengan membalas,
Awak adalah yang terbaik.
Aww..comelnya interaksi antara Ji-soo dan Charlize Theron. Mana tahu mereka berdua boleh berlakon sekali kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉