Sudah pun hampir 8 tahun dalam industri hiburan Korea, sepertinya ahli BLACKPINK lebih bebas untuk mengekspresikan kemahuan diri kini.
Selepas seminggu persembahan di kelab berprestij tinggi di Paris iaitu Crazy Horse berlangsung, Lisa BLACKPINK memuat naik beberapa keping foto mengghairahkan dari malam berkenaan.
Walaupun dikenali sebagai kelab bogel dan rata-rata penari muncul tanpa berpakaian di bahagian atas badan, namun idola berasal dari Thailand itu memilih untuk memakai pakaian dalam dan kurang provokatif berbanding yang lain.
View this post on Instagram
Sudah sekian lama mengumumkan mengenai penyertaannya dalam acara itu tetapi tetap ada yang terus meluahkan rasa kurang senang dengan pemilihan Lisa untuk melakukan persembahan sedemikian. Pun begitu, dia sepertinya tampil tidak endah dengan kritikan berkenaan.
Tulisnya di Instagram,
Pengalaman yang hebat di @crazyhorseparis_official. Terima kasih kepada semua yang merealisasikan impian ini. Hubungi saya jikalau kalian memerlukan seseorang untuk mengisi tempat kosong.
Lain macam Lisa..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.